Monday, August 29, 2011

ramadhan terakhir?



Di sebalik awan yang gelap, ada cahayanya..

Di sebalik kekeliruan ada yang jelas..

Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap..

Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana langit yang gelap pasti akan bertukar cerah apabila tiba waktunya..

Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana pelangi akan muncul apabila hujan telah melabuhkan tirainya..

Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana hari malam akan bertukar kepada hari siang pada keesokan harinya..

Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana disebalik langit malam yang gelap terselindung cahaya bintang di dalamnya..

Jangan berputus asa,
Kerana di sebalik kesusahan ada kesenangan..
Kerana di sebalik derita ada bahagia..
Kerana di sebalik kesedihan ada kegembiraan..

Berdoalah kepada Allah kerana Allah Maha Kuasa..


p/s: siapa yg pernah lyn entri aku dulu2, aku ada keluarkan wisdom of words ni tuk someone.. Hope Allah berikan sinar & pelangi untuknya..aminn..


d


+eccentriczara+

0 comments: