Sunday, April 17, 2011

1st step-wedding Jo2


KAHWIN!
sapa x nak..
ade ke yg x nak?
ade yg x ready, x cukup duit, yg mls nak pk sal kawen pun ade..
*aku ke? ak pk..tp pk j laa pn..hahah!*
Ada yg tgu sampai seru..

Perancangan untuk kahwin.
hah mmmg rumit & terperinci..
except yg amek wedding planner & pakej trus tmasuk catering..
2 lain laa..
x susah sgt nk pk mcm2..
tp pk susah nk keluarkan duit yg byk je :)

11.12.11
wedding Jojo *bukan nama sebenar* yg bakal tiba.
persiapan makin hangat..
pilihan barang pun makin banyak..
selain urusan keluarga, kursus kawen, lembu & lauk2, dokumen2 yg lain,
aku focus bab mencari barang hantaran & door gift,
mengecat rumah, mcari langsir, hiasan rumah,
hiasan bilik pengantin, photographer,
design pelamin, khemah & meja pengantin :)

Senang ke nak jd wedding planner ni?
Apa yg kita kena amek taw ekceli?

Bab duit, ni tipsnye..

Merancang perbelanjaan perkahwinan:

1. Tentukan Bajet Anda
Buat senarai semak tentang perbelanjaan yang perlu untuk majlis perkahwinan. Antaranya untuk wang hantaran, jamuan, barang hantaran, mas kahwin, kanopi, p.a. system, doorgift, jurugambar perkahwinan, kad kahwin dan dll. Dah ada bajet, barulah anda boleh membuat anggaran untuk simpanan setiap bulan ataupun membuat pinjaman peribadi. Pinjaman ini saya tidak galakan kerana anda akan berhutang 5-10 tahun selepas berkahwin. Lebih baik berbelanja mengikut kemampuan anda sendiri.

2. Berkongsi Simpanan
Jika anda rasa tidak mampu untuk menyimpan berseorang, bolehla berbincang dengan pasangan untuk meyimpan secara bersama. Secara tidak langsung cara ini akan mempercepatkan majlis anda. Mesti rasa seronokkan? Anda mestilah berdisiplin dan mempercayai pasangan anda. Inilah masanya untuk menunjukkan kesetiaan dan kepercayaan kepada bakal suami/ isteri anda.

3. Berbelanja Mengikut Keutamaan
Jika bajet anda tidak besar, belilah barang-barang atau keperluan yang penting dahulu. Contohnya hendak memilih jurugambar atau band/ karaoke? Mestilah anda perlu memilih jurugambar kerana gambar-gambar anda akan menjadi kenangan sepanjang hayat. Tidak perlu untuk memilih barangan berjenama jika anda tidak mampu. Cukup sekadar barangan yang tiada jenama tetapi anda gembira kerana tidak berhutang.

4. Buat Perbandingan Harga
Biasanya bakal pengantin akan memilih andaman, jurugambar, juruvideo, pelamin, baju persalinan, DJ, Kompang, kad kahwin dsb. So pilihlah mengikut bajet anda. Jangan mengikut kawan-kawan atau saudara mara anda. Melainkan anda ditaja, anda terima sahaja dengan hati terbuka. Carilah sekurang-kurangnya 3 pembekal berbeza dan pilihlah yang memenuhi bajet anda dan citarasa anda.

5. Elakkan Berhutang
Kenapa tidak boleh berhutang? Jika anda berhutang, maksudnya anda tidak mampu untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Jangan berkahwin kerana melihat kawan-kawan sekeliling sudah berkahwin, anda pun mahu berkahwin. Ukur la baju di badan sendiri. Rancanglah dengan teliti, InsyaAllah segala urusan perkahwinan anda akan dipermudahkan.

P/s : Jangan habiskan semua duit simpanan anda untuk majlis perkahwinan. Simpanla untuk duit selepas berkahwin pula. Banyak juga yang perlu dipakai selepas berkahwin nanti.


Its useful kan?
Baca yang ni plak k..


Merancang Majlis Perkahwinan

1) Tetapkan tarikh

Sebelum membuat apa2 perancangan, tarikh nikah hendaklah ditetapkan awal2. Seelok-eloknya, tarikh ditetapkan at least 6 bulan sebelum majlis berlangsung - bagi memberi korang masa yg cukup untuk merancang.

2) Kursus kawin

Setiap pasangan yang nak kawin, wajib mengikuti kursus kawin. Sebaik-baiknya selepas dah set tarikh nikah, terus daftar je untuk kursus kawin yang biasanya hanya berlangsung 2 hari je.

3) Tentukan konsep majlis

Bincang dengan pasangan bagi mendapat ilham konsep perkahwinan sama ada exclusive, modern atau traditional. Tetapkan jugak lokasi di mana korang ingin majlis diadakan sama ada di rumah sendiri, dewan, taman, hotel atau tempat2 lain yg seangkatan dgnnya.

4) Buat bajet perkahwinan

Cara terbaik untuk buat bajet atau perbelanjaan bagi majlis perkahwinan ialah dengan membuat list. Listkan segala benda2 yang perlu dibuat seblum majlis berlangsung. Kemudian tuliskan bajet untuk setiap perkara yg ditulis tu bagi mendapatkan anggaran jumlah bajet secara keseluruhan.

5) Buat senarai jemputan

Senaraikan saudara mara, kawan2 dan kenalan yang ingin dijemput supaya senang korang nak tempah kad kahwin nanti. Selain tu, dengan adanya list ni, korang bleh tau sebesar atau semeriah mana majlis perkahwinan korang nanti.

6) Pilih pakej perkahwinan

Seboleh-bolehnya 3 bulan sebelum majlis, korang dah kena pilih pakej perkahwinan yang sesuai. Sebabnya kalo tempah lewat2, semua pakej yang lawa2 dan berpatutan mungkin dah abis ditempah orang (lebih2 lagi kalu majlis dibuat masa cuti sekolah). Biasanya, pakej kawen ni akan termasuk sekali pelamin, baju pengantin, hiasan kamar pengantin, pintu gerbang, make-up, fotografi dll…

7) Tempah kad

Setelah siap buat list jemputan, korang kena lah tempah kad jemputan kawin pulak. Biasanya kira-kira dalam 2 bulan sebelum majlis diadakan, korang dah bleh tempah kad kawin ni. Jangan tunggu last2 minute, sbb nnt kot tak sempat nak hantar kad pulak.

8) Shopping untuk barang2 hantaran

Barang2 untuk hantaran kawin ni better dibeli masa tengah ada sale. Barang2 yg tahan lama spt kasut, handbag dll. boleh dibeli awl2 lagi. Alang2 tu, belilah skali alat2 untuk buat gubahan hantaran. Ni jika korang gubah barang2 hantaran tusendiri la…Jimat masa sket, ye tak?

9) Memilih cincin

Dalam adat perkahwinan Melayu, cincin melambangkan ikatan kasih sayang di antara dua mempelai. So, pilih lah cincin yang tepat dan sesuai untuk insan tersayang korang. Sebaik-baiknya, beli atau tempah cincin perkahwinan 2 bulan sebelum majlis berlangsung.

10) Settle kan segala urusan dengan pejabat agama

Sebelum majlis pernikahan berlangsung, settlekan sume urusan dengan pejabat agama spt. surat kebenaran nikah, kadi, saksi dan wali. Biasanya segala urusan nie hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum majlis.

11) Hantar kad jemputan

Haii… kalu terlupa hantar kad jemputan, sunyi sepi la majlis perkawinan korang nanti. Kad jemputan ni eloklah dihantar 1 bulan atau beberapa minggu sebelum majlis. Jangan korang lupe pulak, ye!

12) Tempah khidmat katering/tukang masak

Selewat2nya 1 bulan sebelum majlis, korang dah kena tempah khidmat katering atau tukang masak untuk kenduri kawen korang. Ini bagi memberi masa yg cukup untuk tukang masak membeli barang2 dapur spt. beras, rempah, daging dsb..

13) Tempah pakej canopy

Pakej canopy juga perlu ditempah awl2. Pastikan pakejnya termasuk kelengkapan yang berkaitan spt. kerusi, meja, tray lauk, bekas minuman, pinggan, gelas dsb..

14) Pastikan gubahan hantaran sudah siap

Sebelum majlis berlangsung, pastikan segala hantaran telah siap digubah. Barang2 hantaran seperti manisan, coklat, kek dsb. boleh digubah sehari sebelum majlis berlangsung. Manakala barang hantaran spt sejadah, telekung sembahyang, sepersalinan kain dsb. boleh digubah awl2 lagi.

15) Telefon pihak2 berkaitan dan pastikan segalanya berjalan lancar.

Pihak2 yg dimaksudkan adalah spt. penyedia pakej perkahwinan, juru solek, tok kadi, camera man, caterer (kalu guna khidmat katering) dll yang berkaitan. Ni penting bagi mengelakkan sebarang masalah yang tak diingini berlaku menjelang majlis perkahwinan korang nanti.

16) Hari berlangsungnya majlis!

Saat manis anda telah tiba! Bagi pasangan Raja Sehari, bergembiralah di majlis bahagia korang ni. Relaks, tenangkan fikiran dan jangan panik. Jika telah diatur dengan baik, segala2nya akan berjalan dengan sempurna! :)



amacam?
silalah rancang dari sekarang bagi yg dah serius bercinta &
dah sampai seru untuk berkahwin :)


+eccentriczara+

0 comments: