Monday, February 20, 2012
all that I need
Posted by eCCentriC zArA at 6:03 PM 1 comments
Tuesday, February 7, 2012
.
Posted by eCCentriC zArA at 11:22 AM 0 comments
Thursday, February 2, 2012
a better listener
Posted by eCCentriC zArA at 9:02 PM 0 comments
Sunday, January 29, 2012
menghadirkan hati
الصَّلاَةُ مَثْنَى مَثْنَى تَشَهَّدُ فِي آُلِّ رَآْعَتَيْنِ وَتَخَشَّعُ وَتَضَرَّعُ(Hadis riwayat at-Tirmidzi)
وَتَمَسْكَنُ......
(رواه الترمذي)
Maksudnya: “Sembahyang itu dua-dua rakaat, terdapat tasyahhud pada setiap dua rakaat, kekhusyu‘an hati, bersungguh-sungguh memohon dan merendah diri serta ketenangan hati……..”
Tafsirnya:
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyu‘ dalam sembahyangnya.”(Surah al-Mukminun, ayat 1-2)
Berikut adalah beberapa perkara yang boleh dibuat untuk membantu menimbulkan khusyu‘ dalam sembahyang:
1. Sebelum mendirikan sembahyang pastikan perkara-perkara berikut:
i) Menjaga makanan dan minuman.
Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:
Maksudnya:
Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging; apabila ia baik baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak rosaklah sekaliannya. Ketahuilah! Itulah ya dikatakan hati.(Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)
ii) Mengambil wudhu dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota wajib serta mengingati niat. Sebab kesempurnaan sembahyang juga terletak kepada kesempurnaan wudhu’.
Maksudnya:
“Sesungguhnya bacaan kami terganggu disebabkan terdapat beberapa orang di antara kamu yang sembahyang bersama kami tidak menyempurnakan wudhu’ mereka. Oleh itu, siapa yang mendirikan sembahyang bersama kami, maka sempurnakanlah wudhu’nya.
(Hadits riwayat Ahmad dan an-Nasa’ie)
Di samping itu sebahagian kelebihan wudhu’ itu dapat menjauhkan seseorang daripada gangguan syaitan. Saidina ‘Umar Radhiallahu ‘anhu berkata:
Maksudnya: “Sesungguhnya wudhu’ yang baik itu mengusir syaitan daripada engkau.”
iii) Membersihkan diri, termasuk bersugi. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya:
“Jika tidak mendatangkan kesusahan ke atas umatku atau ke atas manusia nescaya aku menyuruh mereka bersiwak pada setiap kali hendak sembahyang.” (Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Para ulama menegaskan bahawa bersugi itu mempunyai tujuh puluh faedah. Antara faedah dan kelebihannya ialah:
�� Membersihkan dan mengharumkan bau mulut.
�� Memutihkan gigi.
�� Mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
�� Membetulkan atau meluruskan tulang belakang.
�� Menolong menguatkan gusi.
�� Meningkatkan kecerdikan.
�� Menggandakan pahala amal ibadat.
�� Melancarkan kefasihan atau kepetahan pertuturan.
�� Menguatkan hafalan.
�� Mensucikan hati.
�� Menyukakan malaikat.
iv) Jangan sembahyang dalam keadaan menahan buang air besar atau air kecil.
v) Jangan sembahyang dalam keadaan lapar.
Sebolehnya selesaikan atau perkemaskan segala urusan keperluan diri termasuk makan dan qadha hajat terlebih dahulu. Tujuannya ialah supaya tidak timbul kebimbangan dan ketidakselesaan ketika menunaikan sembahyang.
Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:
Maksudnya:
Jangan sembahyang ketika makanan (yang hendak dimakannya) sedang tersedia, dan jangan sembahyang dalam keadaan menahan buang air besar dan air kecil.(Hadis riwayat Muslim)
vi) Memakai pakaian yang bersih dan kemas.
vii) Pilih tempat sembahyang yang suasananya tenteram, selesa, tidak bising dan sebagainya.
Termasuk langkah yang boleh dibuat, pastikan tidak terdapat telepon di dalam bilik tersebut. Atau jika membawa bersama telepon bimbit, pastikan ianya dimatikan (switch off) sebelum sembahyang.
Imam an-Nawawi Rahimahullah menjelaskan bahawa makruh menunaikan sembahyang di tempat orang lalu lalang, kerana yang demikian itu boleh mengganggu kekhusyukan sembahyang seseorang.
Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma:
Maksudnya:
“Bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam menegah mendirikan sembahyang pada tujuh tempat: Tempat pembuangan sampah, tempat penyembelihan, kubur, tengah-tengah jalan, bilik mandi, tempat unta duduk di keliling air dan di atas Baitullah.”
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)
iix) Pastikan supaya tidak ada objek atau gambar yang boleh mengganggu fikiran atau membimbangkan hati di tempat sujud.
Maksudnya:
“Objek lukisan ini mengganggu aku, bawalah ia kepada Abu Jahm dan bawakan kepadaku hamparan tebal yang tidak ada ukiran.”(Hadits riwayat Muslim)
2. Ketika hendak menunaikan sembahyang lakukan perkara-perkara berikut:
Mendirikannya dalam keadaan berjemaah adalah suatu tuntutan. Sembahyang berjemaah itu adalah di antaravsyi‘ar agama.
ii) Menghadirkan hati.
Maksudnya:
“Aku lupa untuk menyuruhmu menutup dua tanduk kibasy (dari pandangan orang). Maka sesungguhnya tidak sepatutnya ada di rumah sesuatu yang mengganggu orang yang sembahyang.””
(Hadits riwayat Abu Daud)
Abu Darda’ Radhiallahu ‘anhu berkata:
“Antara tanda kefahaman seseorang ialah dia memulai memenuhi keperluannya terlebih dahulu sebelum dia masuk menunaikan sembahyang supaya dia masuk ke dalam sembahyang dalam keadaan hatinya kosong dari perkara yang lain.”
iii) Mengingatkan mati dan kemungkinan sembahyang itu yang terakhir sekali dalam hidupnya.
Maksudnya:
“Apabila tiba waktu sembahyang aku menyempurnakan wudhu dan aku mendatangi tempat di mana di situ aku hendak mendirikan sembahyang. Lalu aku duduk pada tempat itu sehingga berkumpullah seluruh anggota tubuhku. Kemudian aku berdiri menunaikan sembahyangku dan aku jadikan Ka‘bah di antara dua keningku, titian ash-shirath di bawah tapak kakiku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut di belakangku, aku menyangka sembahyang ini adalah sembahyangku yang terakhir. Kemudian aku berdiri di antara mengharap dan takut, aku bertakbir dengan penuh keyakinan, aku membaca dengan bacaan yang betul, aku ruku‘ dengan merendahkan diri, aku sujud dengan khusyu‘, aku duduk atas punggung kiri dan aku bentangkan belakang tapak kaki kiri, aku tegakkan tapak kaki kanan atas ibu jari kaki dan aku ikutkan keikhlasan hati. Kemudian aku tidak tahu sama ada sembahyangku diterima atau tidak?”
iv) Sebelum mengangkat takbir elok membaca mana-mana zikir yang boleh menjauhkan diri daripada syaitan. Umpamanya seperti berikut:
�� Surah an-Nas:
�� Ta‘awudz, seperti:
�� Tahlil:
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ
Ertinya: “Tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah.”
�� Zikir:
Maksudnya: “Kami beriman dengan Allah dan rasulrasulNya.”
Maksudnya:
“Sesungguhnya salah seorang daripada kamu apabila berdiri menunaikan sembahyang syaitan akan mendatanginya, lalu syaitan menimbulkan kesamaran ke atas orang itu sehingga dia tidak tahu berapa rakaat sudah ditunaikannya….”(Hadits riwayat Muslim)
3. Ketika menunaikan sembahyang pusatkan perkara-perkara berikut:
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya:
Seseorang hamba paling dekat dengan Tuhannya sewaktu ia bersujud…..
(Hadis riwayat Muslim)
iii) Meliputkan hati dengan kebesaran Allah dan kesucianNya ketika bertakbir dan ketika bertasbih pada seluruh gerak-geri dalam sembahyang.
iv) Meninggalkan segala fikiran dan lintasan hati yang berkaitan dengan urusan dunia.
v) Segala perhatian dalam sembahyang itu hendaklah tertumpu hanya kepada mendirikan dan menunaikannya dengan yang terbaik sekali.
vi) Sembahyang dilakukan dalam keadaan thuma’ninah. Thuma’nînah dalam ruku‘, sujud dan lain-lain rukun fi‘li (perbuatan).
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ada mengajar kita tentang perkara ini di dalam sabda Baginda:
Maksudnya:
“Apabila kamu berdiri menunaikan sembahyang maka bertakbirlah. Kemudian bacalah ayat al-Qur’an yang mudah bagi kamu. Kemudian rukuklah sehingga kamu berthuma’ninah dalam keadaan rukuk. Kemudian bangkitlah sehingga kamu berdiri betul. Kemudian sujudlah sehingga kamu berthuma’ninah dalam keadaan sujud. Kemudian bangkitlah sehingga kamu berthuma’ninah dalam keadaan duduk. Kamu buatlah yang demikian itu dalam semua sembahyang kamu.
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Posted by eCCentriC zArA at 10:15 AM 0 comments
Wednesday, January 25, 2012
tawadhu'
TAWADHU'(1) Tawaduk atau merendahkan diri serta bercampur gaul itu, tidak menyebabkan kurangnya harga diri jika dibandingkan dengan darjat orang yang takbur atau bongkak dengan sebab ilmu pengetahuannya atau keagamaannya.Dalam hal ini Rasulullah SAW memerintahkan supaya umat Islam menghiasi diri dengan sifat tawaduk.
Sabda Baginda SAW :Yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah memberi wahyu kepadaku, supaya kamu bersifat tawaduk, sehingga tidak ada seseorang sanggup menganiaya orang lain dan menunjukkan sikap berbangga diri (sombong) kepada orang lain.” (Hadis riwayat Muslim)(2) Syeikh Ahmad Ibn ‘Athaillah dalam kitab Al-Hikam berkata, orang yang tawaduk tidak marah apabila dicaci atau diejek, tidak benci apabila dituduh sombong, tidak tamak dengan harta atau pangkat dan tidak pernah berasa dirinya termasuk orang yang disegani setiap orang.(3) Fudhail bin Iyadh pula menambah: “Rendah hati untuk kebenaran, menyelamatkan diri untuk kebenaran, dan menerima kebenaran dari orang lain. Sebaliknya, orang yang menolak kebenaran dengan apapun alasannya adalah suatu bentuk kesombongan.”(4) Tawaduk yang menepati kehendak Islam mengikut Ibn Al-Qayyim ialah tawaduk kepada agama iaitu mematuhi segala perintah Allah, meyakini apa saja yang dibawa Rasulullah SAW.(5) Tawaduk harus menjadi hiasan diri setiap muslim kerana ia melambangkan berilmu. Seseorang tidak menyombong diri malah mudah mesra dan lembut dalam berhubung dengan orang lain.(6) Sifat tawaduk adalah sunnah Nabi saw. Jika kita meneliti sikap Nabi saw dalam melalui kehidupannya maka kita akan menjumpai nilai-nilai tawaduk yang murni itu. Hal itu dijelaskan oleh Ja’afar al Barzanji dalam kitabnya yang terkenal iaitu Kitab Barzanji menyatakan, “Rasulullah saw itu sopan santun orangnya, suka merendah diri serta tidak menolak pekerjaan biasa untuk dikerjakan olehnya. Baginda juga menjahit sendiri kasutnya, menampal kain atau bajunya yang koyak. Baginda juga memerah susu kambingnya, malah Nabi saw telah menunaikan segala kewajipan terhadap ahli rumahnya dengan baik”.(7) Ja’afar al Barzanji melukiskan lagi perwatakan Nabi saw yang bersikap tawaduk dalam melalui kehidupan seharian. “Rasulullah saw sangat menaruh kasihan belas kepada fakir miskin malah kerap duduk bersama-sama mereka dengan merendahkan diri baginda.” Dan sikap tawaduk Nabi saw ini jugalah menjadi faktor pemangkin kepada mudahnya Islam diterima.sekian. .
Posted by eCCentriC zArA at 7:59 PM 1 comments
Sunday, January 15, 2012
Tuesday, January 3, 2012
petunjukMU
Why and How I Decided to Wear the Hijab
Maybe it was anxiety, maybe I was thinking too much,
but I recently could not stop thinking about the idea of loss.
How does one handle loss? What if I lose my loved one? What if I lose my family?
How do I live without my husband? How will I ever gather strength if someone I love goes away before I do?
I wasn’t sure if I wanted answers or just some calmness to stop myself from thinking too much.
Allah. I told myself that for each thought I was thinking, for each answer I was seeking; think of Allah.
He who knows best. He who knows there must be rain.
Redha. For each loss I should experience, know that it is written. That Allah knows best.
There is life after death.
I began wearing the hijab not just because.
Not because of looks, not because of style, not simply because it is a new year.
I want to join Allah in Jannah one day.
I want to live in Heaven with my husband and my entire family forever when the day comes.
I want my loved ones to be in Heaven and not suffer for my sins.
Allah has given us so much. I want to learn all the ways to thank Him.
Submission to Allah.
I am still learning.
Posted by eCCentriC zArA at 10:38 PM 0 comments
