Wednesday, March 30, 2011



Aku pun x taw apa rasa ni..


You can hide the pain that you feel and make others believe that you can move on..
But you can never deny the truth to yourself..


Rasa apakah ini?
Entah.
Aku pun x taw..
Pic ni santek kan?


"And the end of all our exploring
Will be to arrive where we started
And know the place for the first time.."




+eccentriczara+

Monday, March 28, 2011

work & stress


monday??
huh! sume org mls nk bgn p keje..
tp aku bgn awl coz insomnia again..
dtg ofis tetibe sume pc da on..tp xde org..
hebat..teknologi alam :)
*ekceli boss da dtg lg awl & on kan..tp ntah mne die pegi..owh boss kck, bkn boss bsr*
ari ni cm x byk kje..
leh aku focus nk cri design table menu Abg Kua..
tp.
tp.
tp.
hantu mak kiah telah menunjukkan kuasa 'gile kuasa' die..
dan2 keje aku jd byk..
ad0i!
stress!
sabar2.
kang hlg awet muda jamu mak dara.. *erk?*
time mkn pn stress lg..
gang hantu mak kiah berada di mana saja..
ok ptg sume meeting mcm besh..
tp.
tp.
tp.
hantu mak kiah tlh kembali menunjukkan kuasa 'gile kuasa'..
keje yg ntah ap2 die bg aku..
kejap tu, kejap ni..
kejap tukar, kejap ehhh byk laa kejap die!
sume nk cpt..call berdering2 lg..
guest nk jumpe bagai..
ehhh aku pok kang sorang2..
pc ni ad yg aku belah dua..
jgn cabar kewanitaan ak.. *wanita ek?*
pc ni knp laa agknye..rse tcabar j dh ni..
bile kite x ikhlas, bile kite stress, kdg2 kite leh wt keje gile..
baiklah.
kalo aku gile da taw da dr bln lps..
ni gile lain.
slh fax, tp konfiden tetap!
hahah!
konfiden 2 pntg..muke lg laa konfiden..
mulut menceceh..
hahah!
ad0i!
ade ke org fax mcm nk fotostat??

stress ohh stress..

meh bace ni..
aku like td kat pesbuk..
mmg taw2 j aku stress ari ni..


Petua Wanita Untuk Mengatasi Stress Di Tempat Kerja




1. Alirkan stress, jangan simpan di fikiran anda. Jika anda lawan stress, anda akan dapat lebih banyak stress. Bina ketenangan, kebahagiaan dan keseronokan, bukan “lawan stress”. Stress akan menarik lebih banyak stress, ketenangan akan menarik lebih banyak ketenangan. Alirkan stress dengan melakukan sesuatu. Contohnya memasak, menjahit, menonton wayang, menonton tv, menyapu, mengemas rumah atau membaca buku atau majalah. Sibukkan diri. Elak untuk mengingati perkara-perkara yang membuat anda berasa stress ketika anda melakukan kesemua aktiviti-aktiviti tersebut.


*jadi aku perlu alirkan kpd google chrome..tp pc lem..jd ak perlu alirkan dgn menuju ke pastry..ok2 gud idea*


2. Stress berpunca dari rasa tertekan sebab anda dilanda masalah. Ia mungkin masalah tidak cukup masa, tidak cukup duit, mungkin berlaku dugaan di luar jangkaan atau mungkin anda mahu sesuatu terhasil ikut kemahuan anda tetapi tidak menjadi-jadi. Untuk mengatasi stress, fokus pada penyelesaian. Selesaikan situasi yang anda lalui. Kebanyakan wanita mengalami stress kerana terlalu memikir masalah, bukan bertindak menyelesaikan masalah.


*memikirkan--> mslh cinta, mslh duit nk shopping tiap2 bulan, mslh berangan nak pakai iphone..owh patutlah*


3. Jangan pandang belakang. Maksudnya, apa yang sudah berlalu biarkan berlalu. Usah di ingatkan lagi. Hidup anda majukan ia ke depan, bukan ke belakang. Tidak perlu ingat lagi perkara yang sudah berlalu. Kesilapan yang sudah berlaku tidak perlu diingat selalukan. Jangan ingat dan jangan fikir walau sekejap pun. Maafkan diri anda kerana terbuat kesilapan. Selepas memaafkan diri sendiri, timbul rasa bersemangat. Anda dapat mengatasi stress dengan cara ini.


*jgn pndg blkg mak kiah! hah yg ni kena thn lg dua bln j..sbr2*


4. Dekatkan diri dengan seseorang yang memahami anda dan memberi semangat pada anda. Kurangkan bergaul dengan orang yang hanya tahu mengkritik perbuatan anda. Sebagai contoh, jika anda kurang bersemangat, jangan meluah masalah pada orang yang hanya tahu mentertawakan anda. Sebaliknya cari kawan yang sudi mendengar luahan hati anda. Luahkan masala anda kesemuanya, ceritakan padanya semua perkara yang menganggu fikiran anda. Wanita biasanya suka bercerita dari hati ke hati, namun anda perlu waspada kerana kawan anda meluah tu boleh mengumpat hal anda di belakang anda. Kadang-kadang dia akan mentertawakan anda tanpa anda ketahui. Anda perlu bijak menilai kawan. Biar ada kawan seorang yang memahami anda dengan ikhlas, daripada berkawan seribu tetapi membuat fikiran anda haru-biru.


*aceh mame ye ummi Iki & Nur Amani..nanges jap*





get it?
ok, apply dulu tgk ok x..
td aku dah suh dorang bukak lagu Senyum by Najwa feat. Malique..
so tgh2 stress ak mesti cool blk..
:)


Stress is an admission of weakness, a cry of defeat to the world..
~Carrie Latet


+eccentriczara+

Saturday, March 26, 2011

hikmahMU ya TUHAN..


Berhabuknye blog aku nih.
Alahai..

Never let the sadness of past n the fear of future ruin the happiness of present.. 
Stay positive n keep moving ざりいあ !

Erm baiklah..i'll try.. 
*tuhan.maha.adil*

Topic yg aku nk story mory kit pasal hijab @ tudung..
Actually dah lame hati aku terbukak tuk bertudung..
Dulu omma asik kata aku pakai tudung cantik, nak pujuk laa dikatakan..
Daddy & mak pun camtu..
Tapi bertudung bukan kerana dorang kan..
Segala apa yang kita buat kan kena kerana ALLAh SWT.
Nanti kita jugak yang kena tanggung..
Ok2, let the story begin.. 

Aku layan laa 1 blog ni..islamiah kit..
not bad..wisdom of words & mutiara kata dia besh2..
tersentuh laa kit hati ni.. *erk?*
Wanita yg paling beri aku inspirasi sebenarnya Wardina Safiyyah..
Mungkin perubahan ketara yg kita nampak bcoz dia artis kan..
Dan dia berjaya sekarang nikmati 'kebahagiaan' tu..
And baru2 ni Irma Hasmie plak kan..


Dua2 mendapat hikmah TUHAN ni lepas lalui saat yg sedih dlm hidup..
Kuasa TUHAN..

Yg plg buat aku happy & terharu (sbb happy sgt) bila..
my colleagues yg aku da anggap mcm adik aku sendiri dah masuk Islam &
dah berniat tuk bertudung.. Syukran ya Allah SWT..
Tahniah dari akak, Nur Amani.. :)

Amani minat Hana Tajima..
Mmg cun laa kan, pakai laa cane pun cantik..
Designer laa dikatakan.. plus creator of MAYSAA.com & StyleCovered..

Yunalis Zarai; one of my idol..
Yuna pun berjaya menepis tohmahan2..
bertudung pun leh jd artis, leh femes, leh berjaya, leh berjaya dpt ati Qi Razali :)



Tp bertudung bukan sebab gaya or fashion..
Even fenomena tudung sampai ada nama artis..
Its good indirectly, asalkan tetap menutup & x jadi fashion victim..
Apa pun yg penting niat kan.. Mulut org kita ketepikan dulu..


Kefahaman yg kita perlu taw sebenarnya;

(1) Hakikat Tudung
Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami..
Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, 
lindungi mata dari memandang lelaki yang bukan muhrim, 
lindungi lidah dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia sia.. 
Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, 
lindungi telinga dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk,
 lindungi tangan dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh,
 lindungi kaki dari melangkah menuju maksiat, 
lindungi fikiran dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu, 
lindungi hati dari sesuatu selain Allah SWT, 
bila sudah biasa, maka tudung dipakai akan menyinari hati.. 

(2) Kekuatan tudung & Hari Hisab
Bila memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat, 
bila kita mensyukuri rahmat itu, kita akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan ‘tudung’ 
hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. 
Ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan..
ketika ditiup sangkakala yang kedua, pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, 
yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, 
ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, 
ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya , anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi , antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, 
ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing-masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana 
rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, 
dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya , 
ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, 
ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..
menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar yang panas membara 
hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. 
Hari itulah dipanggil hari Hisab..


(3) La Ikro Ha Fiddin
Kebaikan seseorang tidaklah dinilai berdasarkan akhlak, perangai, mahupun dressing semata-mata. 
Tapi, dinilai bermula dari dasar akidah dan keimanan seseorang itu kepada Allah. 
Dinilai mengikut seberapa usaha untuk mereka taat kepada Allah. 
Inilah aspek pertama yang sewajarnya kita tanamkan dalam diri masing-masing 
yang mengaku sebagai muslim.
Suruhan pemakaian tudung dan menutup aurat bukanlah untuk fesyen atau suka-suka. 
Tapi adalah kerana ianya merupakan perintah Allah. 
Berakhlak baik juga merupakan suruhan dan tuntutan sebagai muslim. 
Tidak kira siapa saja insan yang bergelar muslim, 
maka dia wajib menutup aurat seperti yang diperintahkan dan berusaha memiliki akhlak yang baik.


(4) Perintah TUHAN 
“Hawa…Tahukah kau, bahawa dahulu kala, 
hidupmu ibarat ‘anjing peliharaan’ orang-orang zalim, 
dirimu dihina, disakiti, dan dinodai. Tetapi, tatkala lahirnya seorang insan, 
yang bernama.. Muhammad bin Abdullah.
Hidupmu segala-galanya berubah;
dari dihina, kau dimuliakan,
dari disakiti, kau dilindungi,
dari dinodai, kau dipelihara.
Tahukah kau, betapa sakit dan pedihnya perjuangan insan ini untuk memuliakanmu?. 
Sehinggakan, jika kau mengumpulkan seluruh alam semesta ini,
untuk membayar pengorbanan insan ini, ianya sama sekali tidak mencukupi.
Bahkan, bukanlah bayaran yang dituntut insan ini,
Cuma, satu sahaja tuntutannya. Apakah tuntutan itu?.
ialah, dengan kau melaksanakan semua perintahNya tanpa alasan sedikitpun,
jika dia menyuruhmu menutup aurat, maka tutuplah,
jika dia menyuruhmu peliharalah kemaluan, maka peliharalah.
Jika, kesemua ini kau tidak mampu dan enggan melaksanakan,
sesungguhnya kau telah menzalimi insan yang bernama Muhammad bin Abdullah!.”

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. 
Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, 
mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (al-A’raaf 7: 26)




Doalah kita mendapat hikmahNYA & 
apa yg aku cuba smpaikn, ini semua peringatan untuk diri sendiri..
Doakan aku, aminn.
Tq~



"Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai 
tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti."
Saidina Ali bin Abi Thalib


+eccentriczara+

Friday, March 4, 2011

entah.


Saat yang akan aku rindu sampai bile2..
Sampai akhir hayat..











+eccentriczara+