Wednesday, January 25, 2012

tawadhu'


Assalam.
Bila bace status bijon pasal tawadhu',
so aku pun kurang pasti maksud sebenar tawadhu'.
Bijon suruh aku banyakkan sabar,
katanya; "sessungguhnya sabar itu pelengkap jiwa nurani.."
thanx jon..
sedih aku baca..

sambung pasal tawadhu', tetibe blk keje ni rasa nak search..
dengan rasa rajin sambil melipat baju..
tetiba rasa nak mengemas baju mcm nak pindah..
*prasaan apakah ini*

TAWADHU'

(1) Tawaduk atau merendahkan diri serta bercampur gaul itu, tidak menyebabkan kurangnya harga diri jika dibandingkan dengan darjat orang yang takbur atau bongkak dengan sebab ilmu pengetahuannya atau keagamaannya.

Dalam hal ini Rasulullah SAW memerintahkan supaya umat Islam menghiasi diri dengan sifat tawaduk.

Sabda Baginda SAW :

Yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah memberi wahyu kepadaku, supaya kamu bersifat tawaduk, sehingga tidak ada seseorang sanggup menganiaya orang lain dan menunjukkan sikap berbangga diri (sombong) kepada orang lain.” (Hadis riwayat Muslim)

(2) Syeikh Ahmad Ibn ‘Athaillah dalam kitab Al-Hikam berkata, orang yang tawaduk tidak marah apabila dicaci atau diejek, tidak benci apabila dituduh sombong, tidak tamak dengan harta atau pangkat dan tidak pernah berasa dirinya termasuk orang yang disegani setiap orang.

(3) Fudhail bin Iyadh pula menambah: “Rendah hati untuk kebenaran, menyelamatkan diri untuk kebenaran, dan menerima kebenaran dari orang lain. Sebaliknya, orang yang menolak kebenaran dengan apapun alasannya adalah suatu bentuk kesombongan.”

(4) Tawaduk yang menepati kehendak Islam mengikut Ibn Al-Qayyim ialah tawaduk kepada agama iaitu mematuhi segala perintah Allah, meyakini apa saja yang dibawa Rasulullah SAW.

(5) Tawaduk harus menjadi hiasan diri setiap muslim kerana ia melambangkan berilmu. Seseorang tidak menyombong diri malah mudah mesra dan lembut dalam berhubung dengan orang lain.

(6) Sifat tawaduk adalah sunnah Nabi saw. Jika kita meneliti sikap Nabi saw dalam melalui kehidupannya maka kita akan menjumpai nilai-nilai tawaduk yang murni itu. Hal itu dijelaskan oleh Ja’afar al Barzanji dalam kitabnya yang terkenal iaitu Kitab Barzanji menyatakan, “Rasulullah saw itu sopan santun orangnya, suka merendah diri serta tidak menolak pekerjaan biasa untuk dikerjakan olehnya. Baginda juga menjahit sendiri kasutnya, menampal kain atau bajunya yang koyak. Baginda juga memerah susu kambingnya, malah Nabi saw telah menunaikan segala kewajipan terhadap ahli rumahnya dengan baik”.

(7) Ja’afar al Barzanji melukiskan lagi perwatakan Nabi saw yang bersikap tawaduk dalam melalui kehidupan seharian. “Rasulullah saw sangat menaruh kasihan belas kepada fakir miskin malah kerap duduk bersama-sama mereka dengan merendahkan diri baginda.” Dan sikap tawaduk Nabi saw ini jugalah menjadi faktor pemangkin kepada mudahnya Islam diterima.

sekian. .

source :


+eccentriczara+

1 comments:

Amani said...

i love this! :)
will be my next post jgk.. haha tgh karang ayat. :)